SEREMBAN – Dahulu rupanya buruk, kotor dan busuk. Namun siapa sangka si comel yang ditemui di jalanan ini memberi tuah kepada tuannya apabila mempunyai kebolehan mengurut.
Pemiliknya, Azmanisham Abd Rahim, 30, yang berasal dari Temerloh, Pahang berkata, dia mula menyedari keistimewaan kucing peliharaannya yang diberi nama Chocolate Macchiato itu sejak beberapa bulan lalu.
“Pada awalnya saya pelik setiap kali saya baring, dia akan datang dan memijak di belakang badan saya.
“Dari situ saya mula perasan yang Chocolate boleh mengurut. Bunyinya memang pelik, tapi sekarang bila saya panggil dan minta diurut dia dengan sendirinya akan memijak-memijak di belakang badan saya,”katanya ketika ditemui pada Pertandingan Kucing Antarabangsa 2016 di Palm Mall di sini, semalam.
Pada pertandingan itu, Chocolate memenangi tempat pertama kategori kucing rumah bulu pendek. Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Bulan Macchiato yang juga merupakan kucing peliharaan Azmanisham.
Menariknya, kedua-dua kucing tersebut adalah kucing jalanan yang ditemui berkeliaran di pasar oleh rakan Azmanisham sebelum diserahkan kepadanya.
Walaupun ketika itu dia sudah pun mempunyai 10 ekor kucing peliharaan, namun atas sebab sifatnya yang kasihkan haiwan tersebut dia menerima pemberian kawannya dengan hati terbuka.
“Dalam tempoh tiga tahun saya sudah mempunyai 17 ekor kucing peliharaan yang kebanyakannya merupakan kucing kampung. Ada yang diberi oleh kawan dan banyaknnya saya jumpa di pasar.
“Kucing ini semua saya akan kasikan dia kerana tidak mahu populasi kucing terbiar di negara kita meningkat. Lagipun kebanyakan kucing jalanan ini juga asalnya daripada kucing peliharaan,” katanya.
Menurutnya, kos keseluruhan diperuntukkan untuk penyediaan makanan dan keperluan lain untuk kesemua kucingnya setiap bulan dianggarkan RM1,000.
Sebab itu, Azmanisham berkata, dia akan mengambil peluang untuk menyertai apa sahaja pertandingan kucing kerana jika bernasib baik dipilih sebagai pemenang, dia akan menerima hadiah makanan kucing.
“Dari situ saya sudah boleh kurangkan kos dan biasanya, Chocolate yang akan menjadi taruhan saya kerana bukan sahaja keletah, tapi juga pandai.
“Bagi saya kucing kampung lebih manja dan mudah faham. Haiwan juga ada perasaan, sama seperti manusia dia juga mahu disayangi,”katanya.
Malah, menurut Azmanisham, ibunya, Basimah Abdullah, 46, juga sayangkan haiwan comel tersebut apabila secara sukarela akan memberi makan kira-kira 50 ekor kucing kampung yang akan datang ke rumahnya di Temerloh setiap hari.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: