Tony Eusoff atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, menerusi laman sosial Facebook miliknya pada Ahad mengakui tindakan yang dilakukan itu boleh mengundang salah faham dan menyalahi peraturan.
"Saya Tony Eusoff, dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada semua terutama pada seluruh ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan , pihak media dan tidak lupa sekalian peminat di seluruh Malaysia, Singapura , Brunei serta Australia atas kejadian yang berlaku pada saya kebelakangan ini.
"Saya sedia maklum dan mengaku bahawa perbuatan saya tempoh hari memang boleh mengundang salah dan akan menyalahi peraturan yang ada. Ingin saya tekankan di sini bahawa, kejadian ini berlaku tiada sebab lain kecuali atas kecuaian dan tidak kematangan saya berfikir pada waktu itu," ujarnya.
Tambah Tony, dia kesal dengan tindakan yang dilakukan dan sedar ia boleh memberi pengaruh negatif kepada generasi muda.
Oleh yang demikian, katanya lagi, dia reda dan bersedia untuk terima hukuman yang bakal dijatuhkan atas kesalahan yang dilakukan itu.
Dia turut berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya demi keluarga dan masyarakat.
"Sedar akan tindakan tersebut boleh memberi pengaruh yang negatif kepada umum terutama golongan generasi muda kita dan saya amat menyesalinya.
"Dengan itu saya redha serta bersedia untuk menerima hukuman yang mungkin dijatuhkan sekiranya disabit dengan kesalahan.
"Saya berjanji atas nama Tuhan, tidak akan saya persiakan peluang yang ada sama sekali hikmah dari kejadian ini dan akan saya manfaatkan untuk bertaubat serta membetulkan diri ini demi keluarga, rakan-rakan serta peminat saya yang tersayang," ujarnya.
Terdahulu, Tony Eusoff dihadapkan ke sebuah mahkamah di Singapura pada Khamis selepas dipercayai memiliki dadah.
Berita Harian Singapura versi dalam taliannya pada Jumaat melaporkan, pelakon itu yang nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A, Akta Penyalahgunaan Dadah.
Portal itu dalam laporannya turut menyebut Tony dipercayai memiliki satu paket yang mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja.
Dia didakwa memiliki dadah itu di balai ketibaan bas Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: