Marsha, 30, berkata, lagu berkisarkan tentang coretan hati buat insan tersayang itu pada awalnya dibuat hanya untuk simpanan peribadi samata-mata.
“Lagu ini saya cipta sejak tahun 2013 ketika mula-mula bercinta dengan suami, pada mulanya lagu ini hanya sekadar coretan idea untuk simpanan peribadi sahaja.
“Namun ketika sibuk membuat persiapan perkahwinan, timbul idea untuk merakamkan lagu tersebut sebagai dedikasi khas buat suami tercinta dan lagu ini telah dimainkan buat pertama kalinya ketika majlis resepsi perkahwinan saya di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada bulan Januari lalu,” ujarnya.
Selain itu, tambah Marsha, lagu berkenaan juga didedikasikan khas buat peminat-peminat yang setia menyokong kerjayanya sepanjang 11 tahun dalam bidang seni.
Marsha turut berharap, single terbaharunya ini menjadi kesinambungan kerjayanya sebagai penyanyi.
“Saya sangat teruja untuk mempromosikan single terbaru saya ini dan ia bagaikan suatu anjakan untuk saya terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian. Harapan saya dengan penghasilan single ini agar kerjaya nyanyian saya akan terus berkembang maju dimasa akan datang” ujarnya.
Lagu yang mendapat sentuhan komposer Tam Spider ini juga sudah mempunyai muzik video tersendiri.
Kata Marsha, menerusi muzik video tersebut dia turut berkongsi saat-saat indah sepanjang majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: