PETALING JAYA: Penyanyi Tomok memberitahu populariti yang diraih oleh anak sulungnya iaitu Arrianshah Akid (Arrian), 4, menerusi Instagram banyak memberi impak kepada perniagaan tudung miliknya iaitu Arriendar.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 32, berkata, respons daripada pelanggan yang merupakan pengikut laman sosial Instagram kanak-kanak berkenaan sedikit sebanyak dapat membantunya memperkenalkan jenama berkenaan kepada pelanggan.
"Hendak kata populariti saya dapat menarik perhatian pelanggan tidak juga tetapi sebaliknya Arrian yang banyak membantu memperkenalkan jenama berkenaan.
"Alhamdulillah setelah sebulan kami beroperasi sambutan daripada pelanggan dan peminat cukup menggalakkan," katanya.
Tomok berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Sembang Teh Tarik Kaw di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Tomok berkata, biarpun tiada pengalaman dalam bidang perniagaan namun dia dan isterinya, Siti Rahayu Abas nekad memulakan jenama Arriendar kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kariernya.
Jelas Tomok, sepanjang beberapa bulan membuat perancangan dia mula mempelajari pelbagai perkara termasuk dalam memberikan idea terhadap pemilihan warna dan corak tudung yang ingin dijual kepada pelanggan."Hendak kata populariti saya dapat menarik perhatian pelanggan tidak juga tetapi sebaliknya Arrian yang banyak membantu memperkenalkan jenama berkenaan.
"Alhamdulillah setelah sebulan kami beroperasi sambutan daripada pelanggan dan peminat cukup menggalakkan," katanya.
Tomok berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Sembang Teh Tarik Kaw di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Tomok berkata, biarpun tiada pengalaman dalam bidang perniagaan namun dia dan isterinya, Siti Rahayu Abas nekad memulakan jenama Arriendar kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kariernya.
"Tiket saya sebagai selebriti tidak memberi jalan mudah sebaliknya saya dan isteri belajar daripada bawah kerana kami tiada pengalaman.
"Pada masa sama, kami tengok juga cara-cara artis lain merancang perniagaan mereka dan dari situ juga kami belajar.
"Alhamdulillah meskipun bisnes ini saya anggap masih kecil tetapi berharap ia akan terus berkembang selepas ini," ujarnya.
Tambah Tomok, dia dan isteri memilih tudung sebagai produk kerana ia mempunyai permintaan tinggi dan melihat potensi untuk ia terus maju.
Malah katanya, setakat ini mereka sudah pun mempunyai lebih 20 rekaan dan corak termasuk koleksi untuk Aidilfitri.
Dalam perkembangan lain, Tomok berkata, dia juga kini sedang giat mempomosikan single terbarunya bersama kumpulan Manifesto yang berjudul Patahkan Sayap.
Kata Tomok, lagu berkenaan yang juga single ketiga kumpulan itu lebih santai dan berkonsepkan muzik pop agar penerimaannya lebih meluas.
"Sebelum ini muzik Manifesto lebih kepada rock tetapi kali ini kami ingin mencuba sesuatu yang baharu dan memasukkan elemen pop.
"Ia lebih mesra pendengar tetapi masih mengekalkan identiti kami sebagak Manifesto," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: