PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin belum bersedia mendedahkan identiti lelaki yang kini intim dengannya kerana hubungan itu masih berada pada peringkat awal.
DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 40, berkata, keputusan itu diambil kerana hubungan yang terjalin sejak Januari lalu berlangsung secara perlahan tanpa ada perkembangan drastik.
"Kami berdua sangat sibuk. Dia dengan urusan kerjanya dan saya pula dengan pelbagai komitmen di Suria FM dan kerja-kerja lain. Kalau hendak kata lebih mengenai hubungan itu memang tiada tapi kami berkawan macam biasa saja.
"Tiada apa-apa perkembangan besar buat masa ini sebab kami masih dalam proses mengenali. Kalau hendak tahu, kami jarang berjumpa dan tidak pernah keluar bersama di mana-mana tempat umum pun sebab masing-masing sibuk.
"Jadi apabila orang bertanya saya tidak berani hendak bercerita lebih-lebih mengenai 'kawan' itu sebab jodoh belum sampai," katanya.
DJ Lin ditemui pada majlis pengumuman Finalis Anugerah Pilihan Online 2006 (APO2016) di Menara Star di sini petang Khamis.

DJ Lin masih belum bersedia mendedahkan identiti lelaki yang dikatakan intim dengannya.
Pada majlis sama, DJ Lin tersenarai sebagai Top five kategori Penyampai Radio Pilihan Online APO di samping Fara Fauzana, AG, Johan dan Radin.
Bercerita lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia juga tidak mahu mencanangkan mengenai hubungan itu kerana berpegang pada pesanan ibunya untuk menyerahkan soal jodoh kepada takdir.
"Itu pesan ibu saya yang saya pegang sampai hari ini. Apa-apa pun jangan risau mengenai hal jodoh. Kalau memang sudah tertulis dan tiba masanya ia pasti akan datang.
"Jadi saya hanya ikut perjalanan yang ditetapkan untuk saya dan nikmatinya. Cukuplah buat masa ini kami berkawan rapat dan kalau tiba masa dan jodoh saya pasti akan berkongsi kepada semua," katanya.
Dalam pada itu, DJ Lin berkata 2016 adalah tahun yang gemilang buatnya setakat ini kerana pelbagai perkara positif berlaku dalam hidupnya.
"Alhamdulillah tahun lepas saya berdepan pelbagai ujian dan cabaran namun saya bersabar melaluinya. Jadi mungkin tahun ini Tuhan beri ganjaran atas kesabaran saya dengan pelbagai perkara yang baik.
"Kerjaya saya berkembang dengan baik apabila tahun ini memasuki tahun kesepuluh bersama program Suria Cinta dan baru sahaja dinaikkan pangkat. Kebetulan pada tahun ini juga saya tersenarai sebagai finalis untuk dua anugerah besar iaitu Anugerah Bintang Popular dan APO juga.
"Kalau diizinkan saya berharap akan berumah tangga semula pada tahun ini, insyaAllah. Saya mahu kedua-dua kerjaya dan kehidupan peribadi berjaya," katanya.
Dalam pada itu diusik mengenai rambutnya yang mencuri tumpuan pada majlis APO2016 DJ Lin berkata, dia mengambil masa kirta-kira dua jam untuk muncul dengan imej berambut sedemikian.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: