Thursday, September 3, 2015

MotoGP Britain: Rossi Tambah Trofi Juara Di Litar Silverstone




VALENTINO Rossi mengukuh kedudukan selaku pendahulu pelumba dunia selepas berjaya menjuarai perlumbaan Grand Prix Britain di Litar Silverstone pada Ahad malam.

Pelumba Movistar Yamaha itu mencatat masa terpantas penuh dramatik di litar basah 46m 15.617s, meninggalkan pencabar terdekat pelumba Pramac Racing, Danilo Petrucci (46m 18.627s) di tempat kedua, manakala ketika dikuasai pelumba Ducati Andrea Dovizioso dengan 46m 19.734s.

Rossi,36, mengetuai perlumbaan selepas memintas Jorge Lorenzo pada lap pertama dan terus dicabar pelumba Repsol Team Marc Marquez.

Namun malang buat Marquez apabila mengalami kemalangan pada lap ke-13 sekaligus gagal menamatkan saingan.

Dengan kemenangan ini, Rossi berjaya menambah mata keseluruhan 261 mata diikuti Lorenzo 237 dan ketiga Marquez 159 mata.

Biarpun Lorenzo telah melakar lima trofi juara musim ini berbanding Rossi (4 kali), namun pelumba Itali itu berada di podium selaku pemenang ketiga sebanyak enam kali menjadi kelebihan dalam jumlah mata keseluruhan.

Sebagai rekod Rossi membuka saingan musim ini dengan merangkul trofi juara pertama di Qatar, Argentina dan Belanda.

Keputusan penuh perlumbaan Grand Prix Britain:
1.Valentino Rossi Yamaha Factory 46' 15.617
2.Danilo Petrucci Pramac Racing +03.010

3.Andrea Dovizioso Ducati Team +04.117

4.Jorge Lorenzo Yamaha Factory +05.726

5.Dani Pedrosa Honda HRC +11.132

6.Scott Redding Estrella Galicia 0,0 Marc VDS +25.467

7.Bradley Smith Yamaha Tech 3 +26.717

8.Andrea Iannone Ducati Team +29.393

9.Aleix Espargaró Suzuki MotoGP +38.815

10.Álvaro Bautista Aprilia Racing Team Gresini +41.712

11.Maverick Viñales Suzuki MotoGP +44.776

12.Nicky Hayden Aspar MotoGP Team +52.489

13.Héctor Barberá Avintia Racing +01' 11.211

14.Mike Di Meglio Avintia Racing +01'

15.292 15.Alex de Angelis Ioda Racing +01' 17.863

16.Loris Baz Athinà Forward Racing +01' 19.310

17.Eugene Laverty Aspar MotoGP Team +01' 19.735

18.Claudio Corti Athinà Forward Racing +01' 58.086

19.Karel Abraham AB Motoracing +02' 04.423

20.Pol Espargaró Yamaha Tech 3 at 6 laps (DNF)

21.Stefan Bradl Aprilia Racing Team Gresini at 8 laps (DNF)

22.Marc Márquez Honda HRC at 8 laps (DNF)

23.Cal Crutchlow CWM LCR Honda at 11 laps (DNF)

24.Yonny Hernández Pramac Racing at 15 laps (DNF)

25.Jack Miller CWM LCR Honda at 18 laps (DNF)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: