-
Belakang badan mangsa turut lebam. (Gambar kecil) Mangsa menunjukkan kecederaan pada hidung dan dahinya selepas dirotan guru.
Gara-gara itu, mangsa, Muhammad Amiruddin Azama, 15, mengalami luka dan bengkak pada bahagian hidung serta dahi, selain turut lebam pada bahagian belakang badan.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama rakannya sedang menaiki anak tangga untuk masuk semula ke kelas setelah keluar pergi ke tandas.
Muhammad Amirrudin mendakwa, secara tiba-tiba gurunya itu datang dari arah belakang lalu merotan bahagian belakangnya sebanyak dua kali kerana dia tidak memasukkan baju ke dalam seluar.
“Selepas merotan belakang badan, cikgu itu datang ke depan saya dan tanpa berkata sepatah pun, dia rotan pula ke arah muka saya membuatkan saya menekup muka kerana menahan sakit,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik.
Kata Muhammad Amirrudin, selepas merotannya, guru lelaki itu masuk semula ke sebuah kelas berdekatan tangga dan kembali mengajar.
Sehubungan itu katanya, dia memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapanya sebelum mereka datang berjumpa dengan pengetua untuk berbincang dan kemudiannya dia mendapatkan rawatan di Klinik Desa Geliga kira-kira jam 11 pagi.
Laporan polis mengenai kejadian pula dibuat ibu bapa mangsa di Balai Polis Chukai, kira-kira jam 12 tengah hari pada hari sama.
Sementara itu, ibu mangsa, Faizah Yusof, 46, meluahkan kekesalan dengan tindakan guru itu berikutan tindakan merotan di bahagian muka adalah sesuatu perbuatan tidak wajar kerana boleh mendatangkan kecederaan serius jika terkena mata.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: