Saturday, October 13, 2012

Wajah bebas kedut

Pergerakan pada otot wajah yang berulang seperti senyum, berkedip dan mengenyit akan menyebabkan timbulkan kedutan dinamik
Penuaan kulit sememang sesuatu yang tidak dapat dielak, namun dengan maklumat dan teknologi yang ada pada hari ini, sebenarnya seseorang itu masih boleh kelihatan muda sebagaimana yang mereka rasai.
Pengurus Kanan Pendidikan Clinique, Christine Leong percaya setiap wanita yang meningkat usia harus memberi peluang kepada kulit wajah untuk kembali muda dan tegang.
Katanya, garis halus dan kedutan adalah masalah utama ketika usia melangkah angka 30-an terutama pada sekitar mata, dahi dan mulut.
"Dalam dunia estetika, kedutan dikategorikan kepada dua jenis kedutan dinamik dan kedutan kekal.
"Kedutan dinamik wujud pada wajah apabila seseorang itu melakukan ekspresi seperti tersenyum, marah, ketawa dan sebagainya. Kesan kedutan ini akan hilang setelah wajah kembali normal.
"Manakala kedutan kekal adalah kesan kedutan walaupun tanpa sebarang ekspresi wajah atau dalam keadaan tenang
"Kedutan kekal adalah akibat daripada kehilangan keanjalan sel kulit pada wajah yang mengakibatkan kulit akan menjadi semakin kendur dan meninggalkan kesan garisan halus," katanya ketika sesi memperkenalkan produk baru, Repairwear Laser Focus Wrinkle Correcting Eye Cream oleh Clinique baru-baru ini.
Menurutnya, kulit yang muda lebih kuat dan tahan lasak, bagaimanapun apabila usia meningkat sedikit demi sedikit akan kehilangan keanjalan, kepadatan, dan kelembapannya.
Repairwear Laser Focus Wrinkle Correcting Eye Cream terbaru oleh Clinique.
Ini menyebabkan ia sukar untuk kembali ke kedudukan asal apabila berlaku ekspresi pada muka.
"Pergerakan pada otot wajah yang berulang seperti senyum, berkedip dan mengenyit akan menyebabkan timbulkan kedutan dinamik.
"Apabila usia terus meningkat kulit bertambah kendur dan kedutan tersebut semakin ketara," katanya.
Menurut Christine, produk terbaru itu menampilkan rumusan yang bertindak pantas memperbaiki sel kulit pada sekitar mata agar kelihatan lebih muda dan segar.
Diformulakan dengan bahan utama seperti Encapsulated Micrococcus Lysate serta vitamin C dan E yang, produk ini mampu melindungi wajah daripada sinaran lembayung ungu ( UV) yang menyebabkan kerosakan pada sel kulit wajah.
Untuk keberkesanan yang lebih ketara, kandungan bahan-bahan aktif seperti protein dadih (purified whey protein) dan tapai teh hitam Xylium (Xylinum black tea ferment), mampu membantu mengurangkan kedutan di sekitar bahagian mata anda.
Manakala gabungan ekstrak daun rosemary, timun, barli, bunga matahari dan trehalosa membantu memberi kelembapan pada wajah agar sentiasa segar dan lembap sepanjang hari.
Gunakan pada waktu pagi dan malam selepas anda membersihkan wajah terutama sekitar mata dan kelopak mata. Ia juga boleh digunakan bersama mekap atau tanpa mekap.
Produk terbaru yang sesuai untuk semua jenis dan warna kulit ini mampu dimiliki dengan harga RM170 dan bakal diedarkan di pasaran pada 1 November ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: