Thursday, October 25, 2012

Milikiproduk berjenama

Bergaya... (dari kiri) Mayjune, Yasmin Hani dan Atilia menggayakan beg tangan koleksi Reebonz.
KEGILAAN membeli barangan berjenama bukanlah satu senario baru di zaman ini malah keinginan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu dalam simpanan menjadi 'cita-cita' setiap insan.
Bagi sesiapa sahaja yang dapat menggayakan barangan berjenama tidak kiralah baju, seluar atau pun aksesori seperti beg tangan pastinya dikaitkan dengan perasaan bangga.
Jika dahulu sebelum membeli sesuatu barangan berjenama seseorang individu itu bukan sahaja perlu membuat perancangan tetapi mereka juga perlu membuat simpanan terlebih dahulu memandangkan harganya yang lumayan.
Tetapi hari ini bagi sesiapa sahaja yang berhajat untuk mendapatkan barangan berjenama boleh mendapatkannya dalam sekelip mata tanpa perlu berfikir panjang.
Melalui lawan sesawang www.reebonz.com pelbagai jenis barangan berjenama boleh diperoleh dan mereka turut menawarkan pembelian melalui kad kredit dengan pembayaran ansuran sehingga 24 bulan tanpa sebarang bayaran tambahan.
Menawarkan pelbagai jenis barangan berjenama yang mewah, segala-galanya boleh diperoleh dengan hanya satu 'klik' melalui Internet. Dalam tempoh empat hari waktu bekerja barangan tersebut dihantar ke destinasi pelanggan.
Bagi ketiga-tiga selebriti tanah air, Yasmin Hani, Atilia dan juga Mayjune Tan, dengan adanya laman sesawang tersebut bukan sahaja memudahkan proses pembelian malah secara tidak langsung ia turut menjimatkan masa.
Mereka juga yang baru sahaja mengenali laman sesawang tersebut tidak menafikan pelbagai barangan yang ditawarkan amat memikat hati di samping produknya yang begitu berkualiti.
Telah pun memiliki barangan idaman melalui laman sesawang tersebut, ketiga-tiga selebriti ini begitu teruja untuk mendapatkan barangan seterusnya masa akan datang.
"Tidak dinafikan, di Reebonz kami boleh memilih pelbagai barangan berjenama yang terdiri daripada pelbagai jenis produk dan sudah pasti menggembirakan hati semua peminat-peminat barangan berjenama terutama sekali wanita.
"Tambahan kini laman sesawang tersebut menawarkan pembayaran secara ansuran melalui kad kredit dan memberi peluang kepada mereka di luar sana untuk memiliki barangan berjenama kegemaran masing-masing.
"Berbaloi dan tidak rugi mendapatkan barangan di sini walaupun harganya mahal kerana tahan lama," ujar Atilia ketika ditemui pada majlis pelancaran laman sesawang tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi Yasmin Hani pula, kehadiran laman sesawang tersebut secara tidak langsung memberi satu lagi alternatif kepada mereka yang gemar membeli belah secara dalam talian.
Ini kerana menurut Yasmin, di laman sesawang tersebut kesemua barangan yang terdapat di Pavillion boleh diperoleh di situ.
"Kebanyakan barangan yang terdapat pada laman sesawang ini saya boleh andaikan seolah-olah satu Pavillion.
"Selain menjimatkan masa dan tenaga, secara tidak langsung memudahkan kita untuk membeli.
"Yang pasti, harga yang ditawarkan juga murah jika hendak dibandingkan dengan luar," katanya lagi.
Sementara itu, Mayjune juga tidak menafikan kehadiran laman sesawang tersebut sedikit sebanyak membolehkan dirinya mendapatkan beg tangan yang digemarinya dengan mudah.
Begitu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan setakat ini, dia juga memberitahu bahawa laman sesawang tersebut merupakan satu laman sesawang yang lengkap untuk 'dijelajahi'.
"Setelah kita menjadi ahli, segala maklumat mengenai jualan ataupun potongan harga akan dihantar untuk makluman.
"Dari situlah kita mendapat tahu apakah barangan yang diberikan potongan harga selain aktiviti yang dianjurkan.
"Tidak rugi sebenarnya menjadi ahli laman sesawang ini dan secara tidak langsung ia turut memberi manfaat kepada kita," jelas Meijune.
Dibuka keahlian secara percuma kepada semua, anda cuma perlu mendaftar diri melalui laman sesawang tersebut.
Jadi layarilah laman sesawang tersebut hari ini untuk mendapatkan barangan berjenama yang diminati.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: