Thursday, October 25, 2012

Cantik wajah tujuh malam

Olay Regenerist Night Resurfacing mencantikkan wajah anda dalam tujuh malam.
SISTEM badan manusia mempunyai jam tubuh tersendiri yang mana pada waktu tertentu, jam ini akan berfungsi dengan kadar tertentu.
Menurut Saintis Senior Penjagaan Kulit Olay, David Khoo, semua individu mempunyai jam biologi tersendiri yang mengatur fungsi semula jadi pada waktu siang dan malam.
"Ini dikenali sebagai ritma circadian dan pengkaji telah menemui bahawa kulit mengalami kekurangan separuh fungsi pengelupasan, perlindungan, pelembapan dan pH di waktu malam yang seterusnya meningkatkan keperluannya," katanya ketika pelancaran produk Olay di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sehubungan itu, Olay Regenerist Night Resurfacing Essence diinspirasikan oleh Chronopharmacology, satu bentuk kajian yang mengoptimumkan kesan rawatan dengan mengaitkannya menerusi caranya bertindak dengan ritma circadian semula jadi tubuh.
"Penemuan ini telah memberi inspirasi kepada kami untuk menghasilkan produk baru daripada Olay yang direka khusus untuk membaiki lapisan kulit muka ketika anda tidur," tambah David.
Diuji dalam kajian melibatkan 50 wanita, Olay Regenerist Night Resurfacing Essence dibuktikan lebih memberi kelembapan pada kulit pada waktu malam daripada tiga krim malam yang lebih mahal.
Ia diperkayakan dengan kandungan yang seimbang dan mengandungi tiga jenis humektan, bahan anti penuaan, antioksidan (teh hijau dan ekstrak biji anggur), kondisioner kulit (vitamin B5 dan allantoin) serta formulasi pH dan konsentrasi asid glikolik yang seimbang untuk memberi faedah kulit licin tanpa merengsakan.
Asid glikolik daripada tebu merupakan medium terbaik dan rawatan cepat merangsang proses pengelupasan dengan meresap jauh ke dalam kulit, melonggarkan sel-sel kulit mati serta memecahkan sehingga menyebabkan berlakunya proses pengelupasan dan pada masa yang sama menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru.
Dalam pada itu, David berkata, pemakaian produk tersebut sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit akan menghasilkan kulit yang lebih tegang dan licin dalam hanya tujuh malam.
Formulasi yang berkesan pada perubahan kulit yang berlaku pada waktu malam, kandungan serum akan meresap ke bawah kulit untuk melembab dan menjadikan kulit tegang di waktu pagi selepas bangun tidur.
'Promosi wang kembali' turut dijanjikan kepada pengguna yang tidak berpuas hati dengan produk tersebut bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.
Olay Regenerist Night Resurfacing Essence boleh didapati di farmasi dan pasaraya terkemuka dengan harga RM99.90.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: