Saturday, October 13, 2012

Meneroka angkasa

MHD. Fairos Asillam meneliti pergerakan satelit RazakSAT.
Apakah keperluan kita menguasai angkasa? Dua negara pada era 1950-an berlumba-lumba ke arah itu kerana falsafahnya ialah siapa yang menguasai angkasa, mereka akan menguasai bumi.
Dua negara berkenaan, Kesatuan Soviet Sosialis Rusia (USSR) dan Amerika Syarikat (AS) bersaing sesama sendiri dalam era Perang Dingin yang diketahui membawa kepada kancah perlumbaan senjata termasuk membangunkan dan menyimpan senjata nuklear.
Pada masa sama penyelidikan untuk meningkatkan teknologi roket juga menjadi agenda penting kedua-dua negara terbabit termasuk membangunkan muatan senjata nuklear menjadi lebih efektif.
Ramai mengetahui kapal angkasa Soyuz milik USSR, pesawat Columbia milik AS dan pelancar kapal angkasa Saturn V melunaskan impian ke bulan.
Pada masa sama, angkasa menjadi medan terpenting untuk dikuasai sebagai menunjukkan kegagahan dan keegoan kedua-dua negara terbabit.
USSR terlebih dahulu di hadapan apabila pada 4 Oktober 1957 melancarkan Sputnik-1, yang merupakan kapal angkasa pertama dunia ketika itu. AS pula melancarkan kapal angkasa mereka iaitu, Explorer 1 pada 31 Januari 1958.
Namun USSR melangkah lebih jauh dengan memecahkan keeogan AS dengan menghantar manusia pertama ke angkasa lepas apabila juruterbang Mejar Yuri Gagarin ke orbit pada 12 April 1961, yang merintis kepada kesungguhan manusia meneroka angkasa lepas.
Sejak itu , persaingan ke angkasa menjadi lebih hebat apabila kedua-dua negara memasuki fasa baru dengan menghantar objek bernyawa ke angkasa lepas.
Malah Rusia berjaya menghantar seekor anjing yang dinamakan Laika pada 3 November 3 1957 menjadikannya makhluk bernyawa pertama ke orbit menaiki kapal angkasa Sputnik 2 dan mati di sana .
AS mengambil langkah lebih drastik apabila menubuhkan Agensi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (NASA) pada 1958 sebagai menjayakan cita-citanya menakluk angkasa.
Pada 25 Mei 1961 , Presiden AS ke-35, John F. Kennedy ketika berucap kepada Kongres negara itu berkata: "Saya percaya negara ini seharusnya lebih komited dalam mencapai sasaran sebelum berakhirnya dekad ini, mendaratkan manusia ke bulan dan pulang dengan selamat ke bumi."
Lantaran itu, Amerika Syarikat mula bergerak ke hadapan dalam penerokaan angkasa lepasnya.
Di antara 1964 dan 1966, AS melancarkan 12 misi Gemini yang merintis kepada usaha persiapan misi Apollo - teknologi untuk tiba dengan ke bulan dan pulang semula ke bumi.
Manusia telah merintis jalan untuk mencari penempatan di Marikh.
Pada 20 Julai 1969, pada misi Apollo 11, Neil Armstrong dan Edwin Aldrin menjadi manusia pertama menjejakkan kaki di bulan dengan disertai Michael Collins yang mengawal kapal angkasa.
Pada hari ini, dengan sekian banyak misi ke angkasa lepas dan manusia kian menghantar begitu banyak objek seperti satelit dan selain kapal angkasa, ia membawa perkembangan yang semakin menakjubkan.
Penubuhan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai platform terbesar manusia di angkasa memberi maksud jelas tentang keinginan manusia di sana.
ISS banyak didorong oleh penubuhan banyak agensi angkasa seperti Roskosmos (Agensi Angkasa Rusia), Agensi Angkasa Eropah dan Agensi Penerokaan Angkasa Jepun (JAXA).
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd. Fairos Asillam berkata, ketika ini banyak negara mempunyai satelit dan mempunyai program angkasa masing-masing.
Ini merupakan indikator penting yang menunjukkan kepentingan bidang angkasa dalam pembangunan sesebuah negara. Ia nampak seperti perlumbaan angkasa terutamanya apabila melibatkan kuasa-kuasa besar dunia bersaing.
Namun program angkasa adalah mahal, serta sebuah satelit komunikasi mampu memberi perkhidmatan (memberi liputan) sepertiga dunia manakala satelit di orbit rendah bumi pula boleh membuat pengimejan hampir seluruh dunia.
Maka kerjasama antara negara, serantau dan antarabangsa merupakan satu tindakan yang bijak dan menjadi satu sinergi kerjasama yang diterokai dan disepakati untuk menjayakan program angkasa seperti ISS.
Oleh itu, perlumbaan ke angkasa lepas selalunya diterjemahkan melalui kerjasama bilateral atau antarabangsa, katanya.
Sebagai contoh, beberapa agensi angkasa antarabangsa bergabung tenaga bagi menjayakan MARS 500 yang diuar-uarkan dilaksanakan pada 2050.
Projek MARS 500 merujuk kepada penerokaan manusia ke Marikh melibatkan perjalanan pergi balik dan mengorbit planet Merah itu selama sebulan dengan perjalanan 500 hari pergi balik.
Kerjasama itu dianggap pakatan manusia usaha manusia bagi mengelakkan sebarang perlumbaan dan dominasi memandangkan AS beberapa kali menghantar misi ke Marikh.
AS sebelum itu menghantar sebuah kapal angkasa peninjau diberi nama Phoenix Mars Lander dan terbaru
Terbaru NASA menghantar Curiosity dan berjaya mendarat di permukaan planet itu pada Ogos lepas atas alasan yang sama iaitu untuk mencari bukti sama ada wujud kehidupan di sana atau sebaliknya.
Robot kapal angkasa untuk meninjau ke planet seringkali di hantar tetapi pada akhirnya falsafahnya ialah ingin menguasai bumi dari angkasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: