Saturday, October 13, 2012

Pencetak bersama Wi-fi

Antara ciri-ciri yang dijangka menarik pengguna model SELPHY CP900 ialah kemampuan berkongsi gambar menerusi Instagram.
DILENGKAPI kemudahan Wi-fi, pencetak foto baru keluaran Canon, Selphy CP900 bakal menjadi teman setia anda sama ada di pejabat mahupun di rumah.
Selain itu, Selphy CP900 juga turut memiliki kelebihan boleh diintegrasikan bersama jaringan media sosial seperti aplikasi foto Instagram.
Selphy CP900 melalui aplikasi WiFi juga menjadikan pencetak tersebut amat memudahkan segala tugas-tugas mencetak gambar melalui sambungan tanpa wayarnya.
Antara peranti yang boleh disambung terus kepada pencetak Selphy CP900 adalah seperti komputer riba, komputer meja, kamera yang memiliki aplikasi Wi-fi dan juga telefon pintar.
Menurut Pengarah, Bahagian Produk Pengimejan dan Komunikasi, Canon Marketing (M) Sdn. Bhd., Simon Wong, Selphy CP900 berupaya mencetak foto berkualiti dalam masa yang pantas.
"Wi-fi binaan dalam pencetak ini merupakan kunci kejayaan bagi Selphy CP900 menembusi pasaran pencetak masa kini.
"Malah, melalui aplikasi Canon Easy-Photo Print untuk peranti iOS seperti iPhone dan iPad, pengguna boleh mencetak secara berterusan," katanya.
Ujar Simon lagi, wayarles Selphy CP900 mampu menampung DSP bagi IP (sambungan standard bagi peranti LAN dan wayarles) bagi mencetak terus daripada kamera tanpa perlu melalui komputer.
Bagaimana pun bagi penguna yang masih
menggunakan kaedah biasa, Selphy CP900 masih menyediakan slot untuk pelbagai kad memori dan juga slot untuk penyimpan data mudah alih dan pemacu keras tambahan.
Selphy CP900 juga turut dilengkapi bersama lapisan khas bagi mengawet gambar yang dicetak yang mampu bertahan sehingga 100 tahun lamanya.
Pencetak boleh dibeli dengan harga RM399 dan ditawarkan tiga warna iaitu putih, hitam dan merah jambu. untuk maklumat lanjut layari laman web www.canon.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: