Dua model mempekenalkan Lexus LS 460L pada majlis pelancaran kereta itu di Petaling Jaya, semalam.
Melalui pengenalan itu, Lexus Malaysia kini menawarkan empat model LS iaitu LS 460 dengan harga-atas-jalan tanpa insurans RM788,000, LS 460 F Sport (RM818,000), LS 460L (RM878,000) dan LS 600h L (RM1.06 juta)
Presiden UMW Toyota, Datuk Ismet Suki berkata, model baharu itu menampilkan sedikit perbezaan daripada segi reka bentuk yang tampak lebih sporty berbanding model LS keluaran sebelum ini.
Katanya, hal ini sekali gus berupaya meluaskan lagi pasaran LS yang telah menggabungkan ciri mewah dan sporty melalui model-model baharu tersebut.
LS 460, LS 460 F Sport dan LS 460L didatangkan dengan enjin 4.6L V8 petrol manakala LS 600h L pula dengan enjin 5.0L V8 hibrid yang dipacu oleh dua motor elektrik.
Enjin 4.6L V8 didatangkan dengan transmisi automatik yang berupaya mencapai kuasa maksimum 380bhp@6,400rpm dengan kuasa kilasan maksimum 493Nm@4,100rpm.
Sementara model 5.0L V8 hibrid mempunyai kuasa maksimum 389bhp dan dengan bantuan motor elektrik, enjin itu mampu mencapai sehingga 438bhp.
Ia sekali gus menjadi model hibrid paling berprestasi di dunia dengan hanya menggunakan bahan api sebanyak seliter untuk jarak 11.6 kilometer.
Varian LS mula diperkenalkan di negara ini pada Disember 2006. Lexus dimiliki oleh Toyota yang mengkhususkan keluaran kereta dalam kategori mewah dan berprestasi tinggi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: