Thursday, October 25, 2012

Festival untuk pengguna media sosial

PERSEMBAHAN daripada kumpulan ukulele malaysia memeriahkan lagi suasana festival jalanan churpout 2012.
ARU-BARU ini festival jalanan, ChurpOut 2012 anjuran ChurpChurp telah berlangsung di Kuala Lumpur dan tujuannya adalah untuk menghimpunkan pengguna-pengguna media sosial di seluruh negara di bawah satu bumbung.
Menurut Pengasas Bersama ChurpChurp, Timothy Tiah, tujuan festival itu diadakan adalah untuk membawa seluruh pengguna media sosial di Malaysia berkumpul dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan.
KEMPEN kesedaran tentang kanser payu dara turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada golongan muda.
Bertempat di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dianggarkan lebih 500 pengguna media sosial telah berkumpul untuk menyertai pelbagai acara menarik sepanjang festival itu diadakan dari 11 pagi hingga 10 malam.
Menariknya, festival ChurpOut 2012 telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu permainan, acara pentas, kedai jualan dan inspirasi untuk membawa pengunjung ke dimensi berbeza pada hari tersebut.
KEBANYAKAN peniaga yang berniaga di festival ini terdiri daripada blogger tempatan.
Antara nama-nama besar yang turut memeriahkan festival itu adalah DJ Fuzz, Daphne Iking, Patricia K. ManHan D, Sazzy Salak, Ringo, Jane Chunk, Joyce, Jezmine Blossom, Maria Elena dan Hanis Zalikha.
Tidak ketinggalan, selebriti YouTube seperti JinnyBoyTV, DanKhoo Productions, the Ming Thing, Joseph Germani, GrimFilm and BryanLim TV turut memeriahkan festival ChurpOut 2012.
Bukan sekadar hiburan, sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan pada festival jalanan tersebut akan didermakan untuk tujuan kempen kanser payu dara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: