Wednesday, January 4, 2012

RM2 juta sebulan

BERKHASIAT...Iman menunjukkan produk Tahitian Noni Bioactive Beverage.
BERKHASIAT...Iman menunjukkan produk Tahitian Noni Bioactive Beverage.

TAHITIAN Noni International Sdn Bhd (Tahitian Noni), pengeluar produk minuman kesihatan berasaskan mengkudu, Tahitian Noni Bioactive Beverage berhasrat meningkatkan perolehannya sehingga sekali ganda sebulan kepada RM2 juta apabila berjaya menembusi pasaran di kalangan masyarakat Melayu.

Perunding Produk Bebasnya, Iman Wan berkata, Tahitian Noni yang sebelum ini amat popular di kalangan masyarakat Cina, memerlukan pasaran masyarakat Melayu bagi memperkembangkan perniagaan ini kerana hampir 70 peratus penduduk Malaysia adalah di kalangan kaum itu.


“Setakat ini belum ada lagi masyarakat Melayu menggunakan produk Tahitian Noni sedangkan ia terbukti boleh membantu meningkatkan dan melindungi kesihatan.

“Ketika ini, terdapat dua jenis Tahitian Noni Bioactive Beverage berada di pasaran Malaysia iaitu Tahitian Noni Original Bioactive Beverage yang boleh membantu tubuh badan manusia daripada serangan penyakit kerana ia memperkuatkan sistem imunisasi penggunanya. Tahitian Noni Original Bioactive Beverage 750 mililiter dijual pada harga runcit RM110 dan RM98 untuk ahli.


“Kedua, Tahitian Noni Family Bioactive Beverage boleh membantu melindungi penggunanya daripada diserang penyakit dan ia sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak seawal usia dua tahun. Perbezaan antara Tahitian Noni Original Bioactive Beverage dan Tahitian Noni Family Bioactive Beverage ialah rasa yang boleh diterima oleh semua golongan. Ia dijual pada harga runcit RM70 dan RM50 untuk ahli,” katanya.


Katanya, Tahitian Noni yang mula memasuki pasaran tempatan sejak 12 tahun lalu adalah minuman kesihatan pertama berasaskan buah yang baik untuk tubuh badan manusia daripada serangan penyakit.

“Syarikat juga dalam perancangan untuk memperkenalkan produk perisa ketiga iaitu Tahitian Noni Extra Bioactive Beverage yang memberi kesan lebih baik daripada dua produk sebelum ini dan dijangka memasuki pasaran Malaysia pada April atau Mei depan,” katanya. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.tni.com/malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: