![]() |
| ZAC EFRON |
LOS ANGELES - Pelakon remaja terkenal Hollywood, Zac Efron baru-baru ini dilihat membawa beg makanan syarikat Zero Effort Nutrition ketika dia keluar dari sebuah studio, lapor sbeuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 23 tahun mungkin cuba untuk menguruskan badannya semula.
Para pelanggan syarikat itu akan menerima satu paket makanan yang disediakan secara segar untuk sarapan, makan tengah hari dan malam pada setiap hari.
Tidak terkecuali snek dan pencuci mulut pada harga AS$50.45 (RM154) sehari.
Bagi pelanggan lelaki, ia mengandungi 1,800 kalori untuk pelan mengurangkan berat badan dan 2,000 kalori bagi program klasik.
Zac mendedahkan berat badannya naik sebanyak lapan kilogram ketika melakonkan watak seorang askar marin Amerika Syarikat (AS) untuk filem adaptasi bertajuk The Lucky One.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: