Wednesday, January 12, 2011

Tuntutan royalti Anuar Zain diputuskan 31 Jan

KUALA LUMPUR - Perbicaraan taksiran royalti penyanyi dan pelakon, Anuar Zain selepas menang dalam saman balas terhadap bekas syarikat rakamannya, Syncrosound Records Label Music Sdn. Bhd. ditangguhkan Mahkamah Tinggi di sini semalam pada 31 Januari ini.

Menurut peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Anuar, 41, Timbalan Pendaftar, V. Vanitha menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam kepada Syncrosound gagal hadir pada prosiding semalam.

Jelas Aizul Rohan, selain Anuar, pihaknya juga telah bersedia dengan tiga orang saksi iaitu dua pengurus artis itu dan wakil dari Universal Music untuk memberi keterangan.

Pada 14 Mei tahun lalu, Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 41, berjaya dalam kes tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti daripada Syncrosound.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: