PETALING JAYA – Tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mematuhi arahan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat untuk menaikkan kadar sewa tapak gerai nampaknya tidak berlaku dalam kawasan pentadbiran beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri itu.
Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih mengekalkan kadar sewa antara RM50 dan RM300 sebulan bergantung kepada saiz tapak.
Ketua Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, bagi sewa tapak pasar malam, kadar yang ditetapkan adalah RM20 dan ke atas iaitu antara yang terendah di Selangor.
“Peniaga tidak perlu risau sebab MBSA tidak bercadang menaikkan kadar sewa. Caj yang dikenakan adalah kekal seperti biasa,” katanya ketika dihubungi semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: