PUTRAJAYA - Para pesakit kronik yang sebelum ini terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mengambil ubat-ubatan susulan kini tidak perlu lagi berbuat demikian sebaliknya boleh mendapatkannya dengan menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, melalui perkhidmatan itu, ubat yang dipesan akan dihantar ke rumah, pejabat atau mana-mana destinasi pilihan di negara ini melalui Pos Laju.
Bagaimanapun katanya, perkhidmatan itu lebih khusus kepada pesakit kronik seperti penghidap darah tinggi dan diabetes yang telah stabil dengan rawatan pengubatan dan mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap ubat yang dipreskripsikan oleh doktor kepada mereka.
Tegas beliau, pesakit tidak perlu bimbang dengan kaedah penghantaran ubat sedemikian kerana pihak hospital dan Pos Malaysia tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan ubat-ubatan dan telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga keselamatan ubat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: