Thursday, January 20, 2011

Syarini Sibuk Walaupun Tanpa Anang

Anang dan Syarini

SETELAH berjaya berduet dengan Anang, Syahrini sedang memberi tumpuan untuk mengembangkan kerjaya seninya sebagai penyanyi Solo.

Dia bagaimanapun mengakui tetap sibuk walaupun tanpa kekasihnya itu.

"Saya fikir dengan bekerja sendiri akan lebih santai. Ternyata samasahaja seperti dahulu (ketika berduet dengan Anang)," ujar Syahrini,Rabu.

Ketika ini, Syahrini sedang mempromosikan single terbarunya 'Aku TakBiasa' di 40 bandar di Indonesia. Jadual penyanyi berasal dari Bogor,Jawa Barat itu padat sehingga Jun depan.

"Saya juga akan ada konsert kecil-kecilan di Kuala Lumpur keranamereka mengharapkan saya muncul di sana lagi," ujarnya.

Menurut Syahrini, berduet dengan bekas suami Krisdayanti itu ataumenyanyi secara solo sama sahaja. Baginya yang penting dirinya bolehterus berkarya dalam dunia muzik ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: