Thursday, January 20, 2011

Suami isteri menangi cawan emas


ZEUL GABELI dan Norsyamira menunjukkan cawan emas yang mereka menangi.


KUALA LUMPUR - Siapa sangka tuah menyebelahi sepasang suami isteri apabila mereka berjaya memenangi bukan satu tetapi dua cawan emas bernilai masing-masing RM5,000 menerusi peraduan anjuran Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle) dan Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco).

Untuk memenangi peraduan tersebut, pasangan yang berasal dari Pulau Pinang, Zeul Gabeli Abdul Wahab, 43, dan Norsyamira Abdul Rahman, 38, itu telah berbelanja sebanyak RM600 dalam tempoh sebulan dan menghantar sebanyak 40 penyertaan.

Menurut Zeul Gabeli, walaupun sering menyertai pelbagai peraduan namun kemenangan itu merupakan yang pertama untuk mereka berdua.

"Selalunya saya yang akan menerima banyak hadiah dan isteri tidak berjaya, tetapi kali ini kami sama-sama bertuah," katanya selepas majlis penyerahan hadiah di Tesco Bandar Menjalara di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: