Wednesday, January 19, 2011

Steve Jobs cuti sakit


WAJAH Steve Jobs pada Januari 2010 (kiri), Julai 2010 (tengah) dan Oktober 2010.


NEW YORK - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat komputer Apple, Steve Jobs menyatakan lembaga pengarah memberikan kebenaran untuk dia mengambil cuti sakit.

Pengasas syarikat gergasi yang menjual komputer dan gajet jenama Apple seperti iPhone dan iPad itu menghantar satu nota kelmarin kepada para pekerjanya berhubung cuti tersebut.

Menurutnya, dia akan terus memegang jawatan CEO dan terlibat dalam membuat keputusan penting untuk syarikat berkenaan.

Namun, Jobs menyatakan, dia meminta Ketua Pegawai Operasi, Tim Cook untuk mengendalikan urusan harian syarikat itu.

Menurut pengasas Apple itu, dia sayang dengan Apple dan berharap akan kembali bertugas secepat yang mungkin.

Jobs menjelaskan dia dan keluarganya kini akan menghargai pihak yang menghormati kehidupan peribadi mereka.

Dia mengambil cuti sakit buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Pada dekad lalu, Jobs yang kini berumur 55 tahun menjalani pembedahan transplan hati dan selamat daripada penyakit kanser pankreas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: