KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang juga usahawan produk kecantikan SimplySiti akan berkongsi pengalaman tentang perniagaan dalam satu seminar ekonomi Malaysia-Indonesia (SEMI 10) di Bandung, Indonesia pada 28 Januari ini.
Seminar tersebut diadakan bertujuan mencari formula terbaik bagi mengintegrasikan ekonomi kedua-dua negara sebagai penyumbang ekonomi terbesar di rantau Asean.
“Saya dipanggil mewakili usahawan dari Malaysia dan menjadi salah seorang panel yang akan memberi ceramah dalam seminar tersebut.
“Sebelum ini saya pernah berkongsi pengalaman sebagai artis kepada publik tetapi kali ini saya akan berkongsi pengalaman tentang keusahawanan pula,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-32 dan pelancaran kempen Wajah-wajah SimplySiti di Hotel JW Marriot, di sini, Isnin.
Penyanyi lagu Aku Cinta Padamu dan Cindai ini akan turut mendendangkan tiga buah lagu pada acara tersebut. Siti dijangka akan menghabiskan masa selama tiga hari di sana.
Seminar anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI) ini akan turut mengembangkan kerjasama dan sinergi usahawan kedua-dua negara di dalam Asean dan di peringkat dunia.
Ia merupakan lanjutan daripada kejayaan SEMI 09 di Kuala Lumpur pada Disember lepas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: