Wednesday, January 19, 2011

RM1.6 bilion majukan peneroka Felda


NAJIB (kanan) bersalaman dengan orang ramai pada majlis ramah mesra bersama penduduk di Felda Tenang, Labis semalam.


LABIS - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi memajukan masyarakat Felda di seluruh negara pada tahun ini.

Berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak di sini, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta daripada Felda untuk program pembangunan prasarana 500 buah lot yang akan diberi kepada generasi kedua peneroka.

"Ini bukanlah sesuatu angan-angan yang direka ataupun janji yang tidak berpijak atas bumi yang nyata (seperti) yang mutakhir ini mudah diluahkan oleh parti pembangkang.

"Ini adalah satu rekod pencapaian luar biasa yang telah diperjuangkan dan hasilnya dapat dilihat hari ini. Kejayaannya (Felda) mengubah keadaan hidup masyarakat yang bertuah kerana terpilih menjadi peneroka dan bertuah kerana bernaung di bawah kerajaan kita, kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Najib berkata, peruntukan itu membuktikan Felda sebagai sebuah institusi yang kukuh dari segi kewangan dan pentadbiran sekali gus membuktikan dakwaan pembangkang kononnya Felda bankrap adalah satu taktik kotor untuk mengelirukan peneroka dan rakyat.

Katanya, Felda telah melalui proses transformasi yang agresif sehingga menjadi satu gagasan yang mampu mengubah landskap sosioekonomi negara terutama bagi penduduk luar bandar secara tuntas dan berkesan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: