Wednesday, January 26, 2011

Pesakit persoal kaunter tutup awal


PINTU masuk utama Hospital Besut, Jertih, Terengganu.


KUALA TERENGGANU – Pesakit yang ingin mendapat rawatan di unit pesakit luar Hospital Besut di Jerteh dekat sini kecewa apabila perkhidmatan kaunter pendaftaran di unit tersebut sering ditutup seawal pukul 9.30 pagi.

Penutupan kaunter tersebut menimbulkan kesulitan terutamanya warga emas yang datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan.

Seorang pesakit, Aminah Rashid, 45, berkata, dia mendapati kaunter tersebut sentiasa ditutup tanpa mengira waktu, selain tiada penjelasan dibuat oleh pihak hospital mengenai tindakan tersebut.

“Berdasarkan memo yang dikeluarkan, kaunter ditutup pukul 9.30 pagi tetapi tidak dijelaskan penutupannya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Aminah, pesakit yang datang selepas waktu tersebut untuk mendapatkan rawatan walaupun penyakit ringan diminta mendaftar ke unit kecemasan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: