Tuesday, January 11, 2011

Penangan kekejaman ibu tiri


NUR DANIA QISTINA mengalami 73 kesan lebam di seluruh badan.


JOHOR BAHRU – Kesengsaraan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang terpaksa menanggung pedih didera dipercayai oleh ibu tirinya sejak tiga bulan lalu berakhir dengan tragedi apabila dia disahkan mati di Kampung Sungai Tiram di sini kelmarin.

Lebih memilukan, kematian Nur Dania Qistina Nurafizan didakwa cuba disembunyikan oleh bapanya yang menghubungi bekas isterinya, Nur Aquilla Razali, 27, mengatakan mangsa mati kerana lemas selepas tertonggeng di dalam baldi di bilik air.

Lelaki itu yang cemas sebaik melihat anaknya tidak bernafas kemudian membawa mangsa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 8.25 pagi sebelum Nur Dania Qistina disahkan mati 35 minit kemudian.

Namun, bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan lebam di seluruh badan Nur Dania termasuk muka, kaki dan badan dipercayai dipukul dengan benda keras atau tangan.

Difahamkan, Nur Dania Qistina bersama kakak, Nur Dania Batrisyah, 5, dan adiknya, Danish Irsyad, 1, dibawa tinggal bersama bapa dan ibu tirinya sejak tiga bulan lalu. Sebelum ini ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah datuknya, Razali Ismail, 56, di Mersing, Johor.

2 comments:

  1. BIASALA BAPAK NAK SELINDUNGKAN KESALAHAN ISTERI BARU YANG DIA SAYANG,ANAK BAGINYA BOLEH BUAT YANG LAIN.

    ReplyDelete
  2. kalau boleh...buat balik kat prempuan setan tu..macamana dia buat kat anak tiri dia...dia rasa pulak...tau tak rasa sakit tu...memang setan punya prmpuan...takda rasa ihsan langsung pada budak kecil yang tak tau apa2..budak tu kan ahli syurga...bermakna si setan tu menganiaya ahli syurga...bapak nak, tapi anak tak nak...apa punya prmpuan ntah....

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: