|
|
DIKHABAR menyepikan diri daripada umum setelah didapati hamil, sehingga kini gosip itu masih menjadi tanda tanya tambahan pula pemilik badan, Mulan Jameela mengambil pendirian untuk berdiam diri daripada media. Malah, pihak pengurusan artis itu tidak dapat menghubunginya sehingga saat ini.
Ramai yang mencari Mulan semata-mata ingin mendapatkan pengesahan tentang dirinya didakwa telah berbadan dua. Ketika hal itu ditanyakan kepada ahli kumpulan The Virgin, Mitha, dia juga tidak tahu menahu keadaan temannya yang menghilang diri begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang pesanan.
"Saya sendiri hairan dengan tindakan Teteh (gelaran buat Mulan) yang terus senyap daripada lapangan seni. Terus-terang, kami sudah lama tidak bertemu atau bertanya khabar antara satu sama lain. Justeru, saya kurang tahu apa yang sedang dilakukan olehnya pada masa ini. Soal dia telah mengandung, itu tidak dapat saya pastikan.
"Cuma, setahu saya, Teteh yang bernaung bersama pengurusan Republik Cinta ini tengah sibuk menyiapkan projek terbarunya dengan berlakon filem. Awal-awal lagi, saya diberitahu pengurus Teteh dia sedang sibuk berada di set penggambaran. Ini kerana projek bermain filem dilakukan sendiri tanpa pemantauan syarikat menguruskan dirinya.
"Kalau hendak kata dia hamil, pasti sejak mula lagi Teteh sudah berkongsi cerita bahagia ini kepada saya yang merupakan salah seorang kawan baiknya, bukan? Usah risau, fikir positif saja tentang Teteh yang akan keluar dengan filem terbarunya pertengahan tahun ini kalau tidak wujud sebarang aral," kongsi Mitha.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: