Tuesday, January 25, 2011

Meluncur ombak waktu malam


MARK VISSER (dalam bulatan) meluncur ombak gergasi di pantai Maui, Honolulu, Hawaii pada Khamis lalu.


HONOLULU - Seorang peluncur ombak, Mark Visser cuba mencari kelainan dengan meluncur ombak gergasi dalam kegelapan malam, lapor sebuah akhbar semalam.

Peluncur dari Australia itu membuka lembaran baru aktiviti sukan ekstrem tersebut apabila dia 'menakluki' ombak setinggi 10 meter selama 20 saat pada Khamis lalu di pantai Maui, Pulau Hawaii.

Visser ditarik ke kawasan luncur ombak berkenaan dengan menggunakan sebuah jet ski.

"Ia merupakan perkara paling menakutkan dan menarik yang pernah saya lakukan," kata Visser di tepi pantai Maui selepas selesai melakukan aksi maut itu.

"Saya hanya menyedari betapa besarnya ombak itu apabila melihat gambar yang dirakamkan. Meluncur ombak di dalam gelap memerlukan anda menjadi sebahagian ombak tersebut," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: