KUALA LUMPUR - Malayan Banking Bhd. (Maybank) menjangkakan keahlian kad meningkat melebihi 20 peratus daripada 1.4 juta pemegang kad pada tahun ini.
Menurut Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Lim Hong Tat , bagi mencapai tujuan itu, Maybank bakal mempelbagaikan kempen bagi mempromosikan kad terbaru keluaran mereka iaitu Maybankard 2 Cards.
"Kami amat yakin bahawa penggunaan kad tersebut akan meningkat 20 peratus atau setengah juta pemegang kad baru bagi tahun kewangan berakhir Jun 2011," katanya ketika melancarkan Maybankard 2 Cards di Menara Maybank di sini semalam.
Beliau berkata, Maybankard 2 Cards merupakan produk terbaru bagi mereka yang mencari kad kredit yang praktikal serta ingin mengurangkan jumlah kad.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: