Wednesday, January 19, 2011

Malaysia meterai janji dengan GCC



Malaysia akan memeterai perjanjian rangka kerja dengan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) tidak lama lagi untuk mengukuhkan kerjasama sebagai pengenalan kepada cadangan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rangka kerja itu selesai dan kedua-dua pihak masih menanti untuk memeterai perjanjian berkenaan.

“Kami bersetuju secara bersama. Perjanjian ini ialah pendahuluan kepada FTA. Ia meliputi kerjasama sektor secara meluas. Selepas ditandatangani, kami akan memperincikan butirannya,” katanya.

Negara GCC, Bahrain, Arab Saudi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Qatar.

Ketika diminta mengulas mengenai sektor lain yang kerajaan berhasrat untuk terus liberalisasi beliau berkata, perjanjian itu antara aspek langkah liberalisasi Malaysia.

Kerajaan melonggarkan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing, melonggarkan 27 perkhidmatan sub-sektor dan memperbadankan Mida sebagai sebahagian daripada langkah liberalisasi.

Sementara itu, Ketua Pengarah MIDA, Datuk Jalilah Baba berkata, agensi penggalakan pelaburan kerajaan itu berhasrat mencapai antara RM50 bilion dan RM55 bilion pelaburan menerusi sektor pembuatan tahun ini.

Beliau berkata, industri elektrik dan elektronik akan terus menjadi pemacu utama sektor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: