Tuesday, January 18, 2011

LTAT agih 14 peratus dividen


SALAH satu projek hartanah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang dibangunkan oleh LTAT.


KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 14 peratus dengan agihan pembayaran sebanyak RM616.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Pembayaran tersebut meliputi dividen tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas enam peratus dalam bentuk unit amanah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil) berkata, pemberian dividen tersebut adalah berdasarkan kepada keuntungan tertinggi yang pernah dicatatkan sejak badan tersebut ditubuhkan 38 tahun yang lalu.

Menurutnya, bagi tahun kewangan yang sama, LTAT mencatatkan keuntungan belum diaudit sebanyak RM747.5 juta yang merupakan peningkatan sebanyak 34.7 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM554.7 juta.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: