JAKARTA: Bekas pasangan kekasih, Irwansyah dan Acha Septriasa memberitahu filem Love Story yang sedang dilakonkan adalah lakonan terakhir mereka.
Justeru, mereka berjanji akan melakonkan watak sebagai pasangan kekasih sebaik mungkin.
“Waktu membaca skrip kami sudah berbincang dan berjanji akan buat yang terbaik kerana ia mungkin filem gandingan kami yang terakhir,” kata Irwansyah.
Bagaimanpun, menurut Irwansyah ia bukan disebabkan oleh perasaan cemburu isterinya Zaskia Sungkar terhadap lakonan romantiknya dengan Acha.
“Dia tidak cemburu, ketika penggambaran dia turut bersama kami di lokasi penggambaran. Dia faham situasi tersebut dan saya bekerja atas dasar profesionalisme.
Sementara itu, Acha memberitahu dia perlu menghilangkan rasa sangsi bagi mewujudkan rasa serasi sebagai pasangan kekasih.
“Bukan semudah dahulu sewaktu kami bercinta tapi untuk datangkan keserasian kami perlu banyak berbincang.
"Apa juga yang saya rasa tidak betul saya akan berbincang dengan Irwan,” ujarnya yang menganggap hubungan baik dengan Irwansyah seperti adik beradik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: