Friday, January 21, 2011

Lindsay Lohan Gigit Jari Tawaran Ditolak Donald Trump

AKTRES Lindsay Lohan (gambar), 24, terpaksa gigit jari dan kecewa apabila tawarannya untuk muncul sebagai bintang dalam program The Apprentice yang diterbitkan oleh ahli perniagaan terkenal, Donald Trump, 64, ditolak.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Lohan tidak bekerja. Difahamkan, bintang Freaky Friday itu baru keluar dari pusat pemulihan dadah.

Menurut majalah Life & Style, Khamis, Lohan telah memberitahu kepada Donald Trump untuk menawarkan diri agar boleh tampil dalam program itu.

"Kami sudah membincangkan hal tersebut, tetapi ini bukan masa yang tepat," kata ahli perniagaan berusia 64 tahun itu.

Trump tidak boleh menerima Lohan muncul dalam programnya dengan keadaan yang belum bersedia.

"Dia harus membetulkan dirinya dulu," jelas Trump.

Lindsay Lohan terkenal sebagai salah seorang artis Hollywood yang sering mencetuskan kontroversi. Dia pernah ditahan di penjara pada 20 Julai 2010. Namun, dia dibebaskan kerana berkelakuan baik pada 2 Ogos tahun lalu.

Setelah bebas dari penjara, Lindsay menjalani pemulihan di UCLA Medical Center, Los Angeles. Sepatutnya dia dimasukkan ke pusat pemulihan selama 90 hari. Namun selepas 22 hari, dia sudah dibenarkan pulang ke rumahnya.

Lindsay Lohan kini sedang membina kembali masa depannya. Bintang filem remaja itu nekad untuk hidup lebih baik tanpa ubat-ubatan pada 2011.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: