Wednesday, January 12, 2011

Laluan maut Cameron Highlands dinaik taraf


RAMLY (kiri) diberi penerangan oleh Safry ketika meninjau Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands, Ipoh semalam.


IPOH – Kerajaan Perak meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan empat projek penambahbaikan laluan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, lokasi kemalangan bas pelancong yang mengakibatkan 28 terbunuh pada 20 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, empat projek terbabit yang dimulakan hari ini dilihat berupaya mengurangkan risiko kemalangan di lokasi berkenaan.

Katanya, meskipun sebelum kejadian tersebut tiada kemalangan seumpama dilaporkan, namun, projek tersebut dapat mengembalikan keyakinan pengguna menggunakan laluan tersebut.

“Ia termasuklah pemasangan penghadang jalan di bahagian tepi laluan sepanjang 100 meter berdekatan lokasi kemalangan dan membina gelus selebar 50 milimeter melintang jalan raya dari arah Cameron Highlands yang akan mewujudkan getaran.

“Selain itu, kita akan melebarkan kawasan selekoh sepanjang 100 meter dengan lebar maksimum dua meter berserta membina parit konkrit baru selain mengecat garisan jalan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: