JITRA - Seorang petugas di kaunter tiket bas ekspres di Bandar Darulaman di sini tergamam apabila menerima 'kunjungan' penguat kuasa Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) yang bertindak menyita premis itu kerana gagal melunaskan tunggakan sewa lebih empat bulan di sini semalam.
Ketika tindakan sita dilakukan di kaunter itu, beberapa petugas kaunter lain bergegas mengemas barangan mereka serta menutup pintu kaunter dan berlegar-legar di kawasan tersebut dengan melihat dari jauh operasi penguat kuasa tersebut.
Operasi sita yang bermula pukul 10.30 pagi itu berjalan dengan baik, biarpun ada antara pengusaha kedai dan petugas kaunter tiket cuba merayu agar premis mereka tidak disita.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa dan Tunggakan Hasil MDKP, Zakariya Ahmad memberitahu, dalam operasi itu pihaknya menyita tujuh kaunter tiket bas dan tujuh gerai makan di medan selera berhampiran stesen bas tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: