![]() |
| PASTI MERIAH. Issa di samping poster peringkat akhir The Global Battle Of The Band yang bakal berlangsung pada 26 Februari depan. |
THE Global Battle Of The Band (GBOB) bukanlah suatu perkara asing bagi industri dan peminat muzik
di Malaysia. Ini kerana pertandingan ini telah mengadakan pertandingan ini semenjak tahun 2007 lagi.
Walau bagaimanapun, ada berita gembira buat peminat-peminat GBOB pada tahun ini. Tahun 2011 telah menjadi sejarah apabila kesemua finalis dari seluruh dunia bakal diterbangkan ke sini bagi mengadakan konsert final mereka.
Malaysia, buat julung-julung kalinya akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan peringkat akhir GBOB dunia yang akan diadakan pada 26 Februari, 2011 bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Redberry Events.
Sebanyak 17 negara yang mengambil bahagian, masing-masing akan bertanding dengan cara dan persembahan tersendiri untuk merebut peluang bagi membawa pulang hadiah bernilai AS$100,000 (RM310,000) untuk pakej mempromosi band di seluruh dunia dan sekali gus memegang gelaran sebagai Best New Band In The World.
“Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, GBOB Malaysia telah menjadi aktif dan bersemangat di dalam pertandingan GBOB itu sendiri. Menjadi suatu penghargaan buat Malaysia kerana telah dilantik negara tuan rumah produksi muzikal berprestij ini untuk mengadakannya di luar London bagi pertama kalinya.

“Peringkat akhir dunia GBOB 2010 akan menjadi satu peristiwa yang amat sesuai untuk pemuzik Malaysia bagi menempa nama pada kemuncak antarabangsa dan tanda kemunculan mereka dalam gelanggang muzik global,” ujar pengarah GBOB Malaysia, Issa Rodriguez pada sidang media di Solaris, Mont Kiara Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada sidang media tersebut, pihak media yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan bertenaga dua buah band iaitu Kyoto Protocol dan Hyper Act.
Sebarang maklumat lanjut mengenai pengundian kumpulan secara online, boleh layari www.facebook.com/astrohitz. GBOB akan disiarkan dalam saluran 705 Astro Hitz bermula 7 Januari 2011 pada setiap Jumaat pukul 9 malam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: