Penyanyi seberang tambak, Didicazli pernah dibawa mempromosikan album di Malaysia dua tahun lalu, namun impaknya kurang menyengat berbanding rakan senegaranya yang lain. Nasib belum menyebelahinya untuk menjejaki Aliff Aziz, Imran Ajmain atau Taufik Batisah yang mendapat sambutan peminat di Malaysia. Apa kekurangan Didicazli berbanding penyanyi-penyanyi Singapura itu? "Agaknya kerana saya tidak lama di Malaysia berbanding mereka. Saya hanya datang untuk mempromosikan album sahaja sebaliknya mereka menetap terus dan pastinya mereka akan lebih dekat dengan peminat di Malaysia."Saya tak patah semangat walaupun belum popular. Saya akan terus berusaha untuk menempatkan nama saya," katanya yang kini memiliki album mini memuatkan lagu-lagu baru. Bezanya kali ini Didicazly mempromosikan lagu duet bersama penyanyi baru Indonesia, Gisel berjudul Berteman Rindu. Ia juga sasaran pihak syarikat yang mahu berusaha membawa nama Didicazli ke Indonesia pula. Tapi mengapa pula menggunakan penyanyi baru yang belum popular? Kata Didicazli: "Saya tidak mahu dikatakan menumpang populariti Gisel dan dalam masa yang sama bukan juga menumpangkan nama saya untuk mempopularkan Gizel. Kami ibarat berjalan seiring untuk memanjangkan karier kami. "Jadi dengan cara itu tidak timbul soal siapa menumpang nama siapa." Gisel ialah naib juara Indonesian Idol 2008. Dia masih dianggap penyanyi baru dan belum lagi mencipta nama di negaranya. Nampaknya lagu duet mereka sudah mula mendapat tempat di hati peminat dan Didicazli sendiri pernah tampil bersama Gisel dalam program TV di sana. Lagu itu juga pernah memasuki carta lagu popular Dahsyat RCTI. Penyanyi yang memperjuangkan muzik balada pop itu juga yakin masa depan muzik pop masih ada walaupun banyak aliran muzik baru dibawa oleh penyanyi lain. "Jiwa saya jiwa Melayu, dan lagu-lagu beginilh yang sesuai dengan jiwa saya, Semestinya saya menyanyikan lagu yang saya dapat menjiwainya," katanya yang juga berkebolehan mencipta lagu. Didicazli akui ada yang menyamakan lagu-lagunya kedengaran seperti lagu pop 80-an kerana kecenderungannya menghasilkan muzik pop tangkap jiwang. Pernah patah hati Semasa awal kemunculannya pada tahun 2007, Didicazli pernah berasa patah hati apabila album pertamanya tidak mendapat sambutan. Dia pernah mahu meletakkan titik nokhtah. "Selepas album pertama saya dipasarkan, saya mula mengumpul wang untuk pembikinan album kedua. Tapi setelah enam bulan lagu Dambaan yang saya pertaruhkan tidak mendapat perhatian. "Saya membuat keputusan untuk mendermakan wang yang saya kumpul untuk pembikinan lagu baru ke rumah anak yatim kerana saya nampak masa depan saya dalam bidang seni belum menjadi pada masa itu. "Saya sudah nekad untuk mendermakan wang itu kerana saya rasa kecewa. Tapi kuasa Allah siapa yang tahu. Tidak berapa lama selepas itu lagu Dambaan mula popular dan mendapat tempat di corong radio. Mungkin juga berkat doa anak-anak yatim yang saya bantu itu. "Lagu itu juga mempopularkan saya dan membolehkan saya menerima anugerah di Anugerah Planet Muzik 2007 dengan Anugerah Artis Singapura Paling Popular dan Lagu Singapura Paling Popular. "Sebab itulah saya masih ada di sini hari ini," katanya semasa di temui ketika mengikuti rombongan Life Record ke Singapura baru-baru ini. |
Saturday, January 15, 2011
Didicazli tak mahu patah semangat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: