Sunday, January 23, 2011

Demi keuntungan semata-mata

pix_middle
pix_topright

BUKAN lagi rahsia, ada individu yang bukan bergelar doktor atau pengamal perubatan tanpa tauliah membuka pusat rawatan didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit kronik seperti buah ping gang, kanser dan jantung dengan kaedah ‘memulihkan’, malah lebih drastik menukar organ dalaman rosak menerusi pembedahan yang sering disebut sebagai ‘bedah batin’.

Teknik pembedahan pula dilakukan dengan bacaan tertentu tanpa menggunakan peralatan khas dan hanya menggunakan pisau bedah, gunting, malah mata pisau cukur.


Lebih mengejutkan, tempoh diambil untuk melakukan pembedahan tidak sampai setengah jam, malah ada sesingkat 10 minit.

Pesakit tidak perlu dibius dan tidak berasa sakit, malah bahagian dibedah hanya ditutup dengan plaster dan me ninggalkan kesan parut kecil, malah ada yang langsung tiada kesan parut.


Mengenai kos pula, ada yang mengenakan bayaran mengikut keikhlasan, daripada serendah RM100 hingga mencecah puluhan ribu ringgit.


Walaupun semua itu kedengarannya seperti tidak masuk akal, kewujudan pusat rawatan menawarkan khidmat seperti itu sentiasa menjadi buruan masyarakat yang cuba mencari pilihan untuk mengubati penyakit dihidapi.Di Lembah Klang saja, wujud beberapa pusat rawatan menawarkan bedah batin yang boleh disifatkan popular dan menjadi sebutan.


Ada yang pernah didakwa mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 apabila menjalankan operasi pusat jagaan ambulatori swasta iaitu mem beri khidmat perubatan moden termasuk menempatkan pesakit untuk tempoh tidak melebihi 23 jam tanpa lesen, namun masih beroperasi sehingga hari ini.

Tinjauan Metro Ahad di sebuah pusat rawatan bedah batin mendapati, sesiapa yang mahu mendapatkan rawatan di tempat itu perlu hadir seawal jam 7 pagi supaya peluang bertemu individu yang melakukan bedah batin lebih cerah.


Jika lewat, mustahil untuk memperoleh giliran kerana terlalu ramai mahu mendapatkan rawatan.


Sebuah lagi pusat rawatan bedah batin pula meminta sesiapa yang mahu mendapatkan rawatan membawa surat doktor bagi mengenal pasti jenis pembedahan yang boleh dilakukan.


Temujanji boleh dibuat menerusi panggilan telefon.


Mengulas mengenai rawatan bedah batin, Pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (TCM), Kementerian Kesihatan, Dr Ramli Abdul Ghani menyifatkan ia ada unsur penipuan.


“Bukannya tiada kes individu yang mendapatkan rawatan semula selepas menjalani bedah batin. Ada yang bermasalah jantung, tetapi mencuba kaedah bedah batin yang kesu dahannya membawa kepada kesakitan dan terpaksa merujuk kepada Institut Jantung Negara (IJN).


“Aduan itu saja cukup membuktikan pengamal bedah batin ini tidak bertauliah dan hanya menggunakan kaedah sendiri untuk mengaut keuntungan semata-mata,” katanya.


Selain ada unsur penipuan, Jabatan Perdana Menteri dan golongan mufti turut menegaskan ia haram kerana mem pengaruhi individu supaya menyekutukan Allah.


“Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Ma laysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil yang mem bolehkan mereka (pengusaha pusat bedah batin) menja lankan aktiviti tidak bermoral itu.


“Insya-Allah jika tiada halangan, kami akan usulkan akta baru bagi Perubatan Tradisional dan Komplementari di Parlimen pada Mac tahun depan,” katanya.


Menurut Ramli, antara peralatan biasa yang digunakan untuk pembedahan secara batin ialah kain kuning, keris, besi, gunting dan peralatan jahitan.


Katanya, berdasarkan aduan diterima, ada pengamal bedah batin mengenakan bayaran sehingga RM15,000.


“Orang ramai, terutama orang Melayu dan beragama Islam, jangan mudah terpengaruh dengan perkara tahyul yang boleh memesongkan akidah.


“Senario ini bukan baru di kalangan masyarakat Melayu disebabkan budaya mereka yang taksub dan cepat percaya terhadap sesuatu yang ghaib tanpa membuat pemeriksaan terlebih dulu. Budaya ini perlu ditukar walau bukan secara drastik tapi ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan.


“Jika tidak, ia akan berterusan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang,” katanya yang turut men jelaskan, pihaknya akan mengadakan dialog bersama pe ngamal perubatan Melayu dan Islam seluruh negara pada 14 Februari depan di Institut Pengurusan Kesihatan, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: