Saturday, January 22, 2011

Dana RM20 juta untuk belia 1Malaysia


NAJIB meletakkan tapak tangan pada plak sebagai merasmikan Dana Belia 1Malaysia disaksikan Khairy (kanan) dan Shahrol Azral di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Dana Belia 1Malaysia berjumlah RM20 juta sebagai satu pencetus membuka ruang kepada golongan belia menggunakan kreativiti untuk membawa manfaat kepada masyarakat.

"Ini supaya (kita) tidak mengehadkan kreativiti yang mereka ada, dengan kebolehan untuk berfikir secara kreatif, memberikan idea yang bernas dalam konteks membangunkan negara dan nilai-nilai bersama berkongsi kejayaan dan bukannya untuk kepentingan diri.

"Antara yang boleh dikemukakan ialah seperti membabitkan alam sekitar, bantuan kepada golongan miskin dan orang kelainan upaya termasuk cadangan daripada aspek kreatif seperti drama asalkan dalam lingkungan yang mampu dibantu oleh dana berkenaan," katanya ketika melancarkan dana itu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: