|
|
LOS ANGELES - Pasangan suami isteri yang merupakan pelakon Hollywood, Tom Cruise, 48, dan Katie Holmes, 32, mungkin memboikot Anugerah Oscar pada tahun ini kerana mereka berkecil hati dengan hos majlis anugerah itu, Anne Hathaway, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu berasa sakit hati dengan tindakan Hathaway yang mempersendakan Katie dalam rancangan televisyen Saturday Night Life yang disiarkan pada November lalu.
Dalam rancangan itu, Hathaway membuat mimik muka Katie.
"Cruise dan Katie amat baik terhadap Hathaway. Sebelum ini mereka pernah membawa Hathaway menonton konsert Tina Turner pada 2008 ketika Hathaway berpisah dengan kekasihnya, Raffaello Follieri," kata satu sumber.
Menurutnya, tindakan Hathaway itu melukakan hati Katie.
Bagaimanapun, seorang jurucakap Cruise menjelaskan bahawa pelakon itu masih belum membuat keputusan sama ada akan menghadiri majlis itu.
Majlis itu akan berlangsung pada hujung bulan depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: