Tidak sampai lima hari lagi, pelakon popular, Raudah Che Wan atau popular di gelar, Ayu Raudah ini bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangnya, Zaquan Adha Abdul Razak. Majlis yang bakal berlangsung di kampung halaman Ayu di Alor Setar, kedah pada 21 Januari ini, mengambil tema taman Fairy tale, dan ia di tatarias oleh kakaknya sendiri iaitu, Jaja. Bakal menggayakan busana milik Man Kajang di majlis pernikahan, Ayu juga akan menyarungkan pakaian Rizman Ruzaini di majlis persandingan dan Qudyn Kuala Lumpur di malam berinai. Biarpun sudah sedia bergelar isteri kepada pemain bola sepak negara itu, menurut Ayu dia masih berdebar menanti kedatangan hari bahagianya ini. "Susah nak jelaskan perasaan saya sekarang ini. Berdebar ada, teruja ada, takut pun ada. Maklumlah, ini hari paling bersejarah dalam kehidupan saya nanti, dan saya berharap sangat ia akan berjalan lancar.
"Kad jemputan sudah pun saya edarkan, dan pernikahan saya akan berlangsung selepas solat Jumaat pada 21 Januari ini, manakala majlis persandingannya akan dilangsungkan selepas itu,"jelasnya yang akan melangsungkan resepsi di Negeri Sembilan pada 30 Januari akan datang. Tiada Bulan Madu Tidak seperti pasangan pengantin yang lain, Ayu akur apabila terpaksa menangguhkan dahulu perancangan untuk berbulan madu kerana kesibukkan Zaquan selapas majlis perkahwinan mereka nanti. "Selepas berkahwin Zaquan akan kembali berlatih bersama skuad bola sepaknya, jadi terpaksa tangguhkan dahulu apa-apa perancangan tentang berbulan madu. "Disebabkan Zaquan sudah mula sibuk dengan latihan, jadi saya ambil keputusan untuk tidak bercuti lama, dan menyambung kembali tugas-tugas di Kuala Lumpur. "Tentang lakonan, saya masih tidak merancang untuk menghadkan masa berlakon. Tetapi sekiranya Zaquan bercuti, saya akan cuba membahagikan masa untuk bersamanya dan kalau boleh dielakkan, mungkin saya tidak lagi mengambil tawaran lakonan di luar daripada kawasan Kuala Lumpur,"jelas Ayu yang akan menetap di rumah milik Zaquan di Seremban, selepas berkahwin nanti. Biarpun dia akur bila dikatakan akan jarang berjumpa suaminya kerana faktor kesibukkan Zaquan di tempat latihan dan perlawanan-perlawanan yang bakal berlangsung, jelas Ayu dia akan tetap menyokong suaminya. Mahu memiliki cahaya mata seawal yang boleh, menurut Ayu juga dia sudah bersedia dari segi zahir dan batin untuk bergelar isteri kepada Zaquan Adha ini. "Saya tidak mempunyai masalah sekiranya Zaquan terlalu sibuk dengan tugasnya, kerana sebelum ini sekalipun saya memang jarang bertemunya jika dia ada latihan. "Insya-Allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga keharmonian ruamh tangga kami. Tentang anak pula, antara saya dan Zaquan, tiada apa-apa perancangan, cuma jika boleh biarlah rezeki itu datang awal,"jelas Ayu. |
Wednesday, January 19, 2011
Bakal Nikah Jumaat ini, Ayu Raudah Semakin Berdebar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: