Wednesday, January 26, 2011

AmIslamic sumbang RM856,070


AZMAN (tengah) bergambar bersama wakil-wakil rumah kebajikan dan pertubuhan OKU terpilih pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan AmIslamic Bank di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – AmIslamic Bank Berhad (AmIslamic Bank) menyumbangkan sebahagian daripada jumlah zakat perniagaannya yang bernilai RM856,070.51 kepada 34 penerima zakat terpilih, termasuk 11 organisasi termasuk pertubuhan orang kelainan upaya (OKU) dan rumah kebajikan, bagi membiayai keperluan harian mereka tersebut.

Rumah kebajikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan serta pertubuhan OKU telah menerima sebanyak RM245,000.

Menurut Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, sumbangan tersebut adalah salah satu tanggungjawab korporat sosial syarikat perbankan itu kepada masyarakat.

“Saya harap dengan sumbangan ini dapat merealisasikan objektif-objektif murni organisasi terbabit dan berharap hubungan sebegini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak," katanya ketika Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan AmIslamic Bank di sini semalam.

Turut hadir ialah wakil pertubuhan amal terbabit iaitu Pertubuhan Pembangunan Orang Buta, Rumah Titian Kasih, Rumah Anak yatim Shifa, Pertubuhan Anak-Anak Yatim Dan Miskin Lelaki dan Perempuan Murad Foundation, Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: