Friday, January 21, 2011

2 askar bawa warga asing didakwa


Mohd. Rashidi (kiri) dan Mohd. Johari (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar semalam atas tuduhan memperdagangkan manusia.


KANGAR – Dua anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memperdagangkan manusia melibatkan 16 warga Myanmar dalam serbuan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di ladang tebu Chuping, Padang Besar Disember lalu.

Tertuduh, Koperal Mohd. Rashidi Abd. Halim, 36, dan Prebet Mohd. Johari Abu, 28, didakwa melakukan kesalahan tersebut di ladang tebu Chuping, Padang Besar pada pukul 10.40 malam pada 29 Disember lalu.

Kedua-dua anggota tentera itu ditangkap ketika mereka membawa sekumpulan warga Myanmar iaitu terdiri daripada 12 lelaki dan empat wanita tanpa dokumen perjalanan dari arah negara jiran untuk dibawa masuk ke negara ini.

Mohd. Rashidi dan Mohd. Johari dituduh mengikut Seksyen 26 A Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang boleh dihukum mengikut seksyen dan akta yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: