|
|
ZURICH – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama (gambar) mengkritik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana memberikan hak penganjuran Piala Dunia 2018 kepada Qatar.
“Saya berpendapat FIFA telah tersilap membuat keputusan,” kata Obama.
Bukan sahaja Obama, tetapi ramai pemimpin lain hairan bagaimana sebuah negeri kecil seperti Qatar yang tidak pernah layak ke pertandingan akhir Piala Dunia dan memiliki suhu panas melampau pada bulan Jun serta Julai ketika kejohanan itu diadakan, boleh mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia.
Qatar mengetepikan AS, Jepun, Korea Selatan dan Australia dalam sesi pengundian rahsia delegasi FIFA pada minggu ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: