PORT VILA, Vanuatu - Satu kumpulan ahli-ahli vulkanologi sanggup menghampiri kawah gunung berapi untuk melihat lahar di Gunung Berapi Marum di Pulau Ambrym, Vanuatu dekat Australia, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar kumpulan itu menuruni lurah dengan tali dekat lahar gunung tersebut dirakamkan oleh seorang ahli vulkanologi, Geoff Mackley dan ia turut disiarkan di laman YouTube.
"Pasukan kami di Vanuatu menuruni 500 meter ke dalam gunung berapi Marum di Pulau Ambrym untuk pergi ke setiap pinggir sebuah kawah lahar yang besar," kata Mackley di laman webnya di Internet.
Ekoran kekurangan oksigen dekat lahar itu, seorang ahli kumpulan itu didapati memakai sut khas dan kalis panas semasa meninjau lahar yang sedang menggelegak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: