Saturday, September 25, 2010

Tiga remaja rentung kemalangan


KEADAAN kereta Proton Saga yang mengorbankan tiga mangsa di Jalan Masai-Kong Kong di Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Tiga remaja lelaki maut apabila kereta Proton Saga yang dipandu salah seorang daripada mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah van sekolah di Jalan Masai-Kong Kong di Pasir Gudang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Mohd. Roslan Zainuddin berkata, dalam kejadian pada pukul 6 pagi, mangsa Ashrul Hafizul Halim, 17, yang memandu Proton Saga dari arah Kong Kong dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.

Bagaimanapun, menurut beliau, Ashrul gagal memotong kenderaan tersebut sebelum bertembung dengan sebuah van sekolah yang datang dari arah bertentangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: