Saturday, September 25, 2010

Malaysia bebaskan Mas Selamat


MAS SELAMAT
pada 2010.


KUALA LUMPUR - Pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari yang ditangkap polis negara ini awal Mei 2009 semalam dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mas Selamat, 49, ditahan pada 1 April 2009 di Kampung Tawakal, Skudai, Johor selepas dia berjaya meloloskan diri dari Pusat Tahanan Whitley Road, Singapura dengan merangkak keluar dari tingkap tandas penjara terbabit pada 27 Februari 2008.

Selepas disiasat berhubung kegiatan militan di negara ini dan menjalani pemulihan dari aspek ideologi di Pusat Tahanan ISA di Kem Kamunting, Perak, dia dibebaskan pada pukul 10.30 pagi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: