Monday, September 6, 2010

Saiz selebar poket




Kebanjiran telefon pintar di pasaran kini seolah-olah tidak dapat dibendung dengan pelbagai kelainan dan ciri-ciri mengujakan.

Rata-rata syarikat pengeluar telefon bimbit kini berlumba-lumba untuk menghasilkan produk terbaik mereka bagi memenuhi keperluan serta kehendak pengguna.

Tidak ketinggalan, HTC Corporation yang terkenal sebagai pereka telefon pintar terkemuka dunia turut kembali menonjolkan 'taring' dengan mempertaruhkan HTC Aria™ bersaiz poket.

Dilengkapi dengan kamera lima mega piksel, paparan HVGA 3.2 inci serta fungsi-fungsi lain yang terdapat pada mana-mana telefon pintar.

Melalui sentuhan sensor HTC terbaru, HTC Aria menawarkan pelbagai kelebihan untuk melayari laman web menarik seperti Friend Stream yang membawakan anda kepada Facebook, Twitter dan Flickr dalam paparan yang mudah dan ringkas.

Menurut Timbalan Presiden HTC Asia Pasifik, Jack Tong, keunikan telefon HTC terbaru ini berdasarkan rekaan yang menarik berbeza daripada mana-mana telefon pintar yang ada dipasaran kini.

''Namun apa yang lebih mengujakan pengguna adalah kebolehan HTC Aria™ bagi memastikan apa jua jenis komunikasi boleh dilaksanakan melaluinya," katanya.

HTC Aria™ turut mendapat kerjasama daripada DiGi bagi menjadikan telefon pintar tersebut sebagai sebuah tawaran pakej yang lengkap.

Jelas Ketua Pemasaran Produk DiGi, Loh Keh Jiat, DiGi sentiasa meneroka peluang-peluang baru bagi memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna melalui kerjasama bersama HTC.

"Kami juga antara yang pertama menawarkan perkhidmatan komunikasi bersama telefon pintar HTC Aria™ kepada orang ramai," katanya.

HTC Aria™ juga merupakan antara telefon terbaik bagi mereka yang baru bermula untuk berjinak-jinak dengan teknologi telefon pintar atau android.

Selain laman sembang sosial, HTC Aria™ turut menawarkan pilihan penuh terhadap laman carian terkenal, Google.

Ia termasuk Google search, Google Maps, Google Maps Navigation, Gmail, YouTube dan pelbagai lagi dan pilihan sehingga 70 ribu aplikasi menerusinya.

Hanya sekecil 10 sentimeter (sm) panjang dan seberat 115 gram (g) termasuk bateri, HTC Aria™ sangat selesa untuk berada di dalam genggaman anda serta dibawa ke mana-mana sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: