Sunday, September 26, 2010

Rumah era Victoria

ADAKAH dia waris keturunan Charles Dickens? Temui peminat era Ratu Victoria yang sanggup membelanjakan ribuan pound untuk mengubah suai kediamannya bagi memperingati zaman lampau. Era Victoria yang amat sinonim dengan barangan seperti pinggan mangkuk, gelas antik dan bekas takungan di bilik mandi.

MEMUKAU... Saunders menikmati minuman teh ala Victoria.
MEMUKAU... Saunders menikmati minuman teh ala Victoria.

GAYA KLASIK... golongan bangsawan Victoria gemar bermain piano untuk berhibur. GAYA KLASIK... golongan bangsawan Victoria gemar bermain piano untuk berhibur. KREATIF... perkakas moden tersorok di sebalik almari dan langsir. KREATIF... perkakas moden tersorok di sebalik almari dan langsir. RUMAH LAMA... Saunders membelanjakan ribuan pound untuk mengubah kediaman menjadi ala Victoria. RUMAH LAMA... Saunders membelanjakan ribuan pound untuk mengubah kediaman menjadi ala Victoria.

KREATIF... perkakas moden tersorok di sebalik almari dan langsir.


Saunders menghabiskan kira-kira £175,000 (RM850,614) untuk mengubah suai kediamannya di Nottingham ke era zaman lampau dan dia juga memastikan setiap perkakas dan hiasan dalam rumahnya 100 peratus tulen dari era Victoria.

Semua perkakas daripada tangki tandas hinggalah ke tin di dapurnya dibeli melalui jualan barangan terpakai, pameran barangan antik dan lelongan laman eBay.


Kediaman yang mempunyai empat bilik tidur itu benar-benar kelihatan seperti kediaman zaman Victoria dan Saunders mempertimbangkan untuk membenarkan orang ramai melawat rumahnya.

Saunders, 30, pekerja majlis perbandaran berkata: “Saya sudah bersusah-payah menjadikan kediaman ini mirip kediaman zaman Victoria dan ingin berkongsi dengan mereka yang tahu menghargainya.”

“Saya amat mengagumi era Victoria. Bagi saya, zaman itu sungguh indah dan ibu serta kakak saya juga menggemari era Ratu Victoria. Saya rasa minat saya mula bercambah kerana ibu dan kakak turut mengagumi zaman itu.”

Kadangkala, saya membeli perkakas atau barang untuk diletakkan dalam bilik di rumah, tetapi ada kala saya rasa barang itu hanya sesuai untuk kediaman golongan bangsawan, jadi saya hanya menyimpannya.”

“Saya juga pernah membeli perhiasan burung di dalam sangkar, tetapi tidak jadi untuk meletakkannya sebagai perhiasan di rumah kerana merasakan ia tidak menepati cita rasa kediaman zaman Victoria.”

“Selalunya ibu yang memilih barangan untuk kediaman saya. Kedai barangan terpakai dan lelongan di eBay banyak menjual barangan era Victoria yang berkualiti pada harga berpatutan.”

“Saya sukakan cara kehidupan zaman Victoria tidak terkecuali cara penjagaan kesihatan yang diamalkan. Kebanyakan rakan saya menyokong cara hidup saya ini kerana mereka cukup seronok apabila dijemput makan malam di rumah saya. Mereka begitu teruja melihat set pinggan mangkuk dan gelas antik yang digunakan untuk sajian hidangan.”

“Saya tidak gemar barangan moden yang diperbuat daripada plastik kerana semuanya nampak sama saja. Walaupun saya mempunyai ketuhar gelombang mikro tetapi saya meletakkannya di tempat tertutup.”

“Rumah saya juga ada bekalan air paip seperti kediaman pada zaman Victoria tetapi bezanya mereka tidak mempunyai kemudahan air panas di sinki seperti yang saya miliki.”

Saunders mengakui rumahnya tetap dilengkapi alat pemanas dan peti sejuk tetapi peralatan moden itu tersorok di sebalik almari atau langsir.

Kediaman Saunders juga mempunyai tandas di luar, selain bilik air di dalam rumah yang dilengkapi aksesori tembikar ala Victoria.

Menurut Saunders cara kehidupan ala Victoria amat selesa dan nyaman.

Pengerusi Pusat Sivik Nottingham, Hilary Silvester berkata: “Saya rasa usaha Saunders berbaloi kerana rumahnya benar-benar mirip kediaman pada zaman Victoria. Semuanya nampak asli dan anggun.”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: