Monday, September 20, 2010

Potong gaji atasi peminjam liat


SEMUA pelajar yang meminjam dengan PTPTN dikehendaki membayar balik pinjaman mereka melalui potongan gaji mulai Jun 2011. - Gambar hiasan


TEMERLOH - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, mulai Jun tahun depan, semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayar pinjaman mereka akan diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ismail yang memegang jawatan sebagai Pengerusi PTPTN bermula 1 September lalu berkata, pelaksanaan itu akan membabitkan pindaan Akta PTPTN 1997.

Katanya, cadangan bagi meminda undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Kita akan membincangkan mengenai pindaan Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu pada hujung bulan ini dengan pihak LHDN dalam mesyuarat ahli lembaga dan cadangan itu akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan," katanya pada majlis jamuan Aidilfitri Parlimen Kuala Krau dekat sini semalam.

2 comments:

  1. Setuju!Setuju!Setuju!Kau orang dah senang lenang,hutang tak mahu bayar ye?Banyak cantik!Fikir senang sendiri saja.Habis...budak-budak lain yang sedang belajar tu,mana kerajaan nak ambik duit bantu mereka pulak kalau kau orang berhati zalim tak bayar hutang?Pigidahhh!Gajibesar,pangkat besar,rumah besar,hidup mewah tetap tidak berkat kerana sengaja lupa bayar hutang!Bayar le...jangan tak bayar!

    ReplyDelete
  2. aku belajar pakai duit sendiri.Siang kerja...malam belajar.Hujung minggu...belajar.Tak cukup duit....buat jualan langsung untuk kos belajar sampai aku berjaya dan berjawatan baik sekarang.Kau orang apa hal? Dah PTPTN sokong,balaslah budi.Bayarlah hutang tu balik.Jangan memalukan martabat kau orang sekarang.Bayarlah sebelum terhalal(bila mati)!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: